Negara Terus Makmur Ialah Doa Dan harapan Hari Jadi Ke-57 Najib - Semasa | mStar

Negara Terus Makmur Ialah Doa Dan harapan Hari Jadi Ke-57 Najib

MIRI: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata doa dan harapan hari jadi beliau ke-57 Jumaat ialah untuk melihat negara terus makmur.

Perdana Menteri berharap kerajaan dapat meneruskan usaha yang sempurna untuk terus menentukan keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan negara.

"Hari jadi saya ialah soal peribadi saya tetapi yang penting sekali ialah doa dan harapan saya untuk negara akan terus makmur," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Sentuhan Harapan Petronas di stesen servis Petronas Desa Senadin di sini Khamis.

Ketika melawat Long Banga di Baram, sebuah daerah pedalaman di Sarawak, sempena majlis pemimpin bersama rakyat pagi ini, beliau dikejutkan dengan kek hari jadi dari masyarakat Orang Ulu di sana.

Katanya sambutan hangat yang telah diberi kepada beliau merupakan satu petanda yang baik bahawa masyarakat tempatan amat mengharapkan kepemimpinan kerajaan yang sedia ada.

"Saya amat terharu atas sambutan hangat yang telah diberi kepada saya, terutamanya di Long Banga dan Pekan Bekenu di Sibuti kerana di kedua-dua tempat saya melihat masyarakat tempatan tampil ke hadapan dengan bilangan yang ramai,' katanya.

Najib turut menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Bekenu dalam lawatan kerja seharinya ke bahagian Miri. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain