suria

MT Restu Tindakan Mat Taib

KUALA LUMPUR: Umno Bahagian Kelana Jaya boleh meneruskan pentadbiran dan aktiviti parti walaupun tanpa ketuanya, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang bertindak memencilkan diri sejak dua tahun lalu.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Majlis Tertinggi (MT) menerima keputusan Muhammad untuk menyerahkan tugasnya kepada timbalannya, Datuk Yahaya Bujang.

"Umno Kelana Jaya boleh jalan seperti biasa... tak ada masalah.

"Beliau (Muhammad) sudah beri tugas kepada Datuk Yahaya, kita terimalah... dia (Yahaya) ada kuasa jalankan tugas," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di sini pada Rabu.

Semalam (Selasa), Yahaya mengesahkan bahawa Muhammad telahpun memberikan mandat kepadanya untuk menjalankan tugas sebagai ketua Umno bahagian sejak April 2009.

Sebelum itu, dilaporkan wujudnya desakan pemimpin akar umbi Umno bahagian itu yang menuntut Muhammad yang lebih dikenali sebagai 'Mat Taib' membuat keputusan sama ada mahu kekal menerajui mereka atau meletakkan jawatan.

Ini berikutan bekas Menteri Besar Selangor itu memencilkan diri dari semua aktiviti Umno bahagian berkenaan sejak hampir dua tahun lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain