suria

MIC Lulus Pemecatan Barathamaniam, KP Samy

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC pada Khamis mengekalkan keputusan presiden parti Datuk Seri S. Samy Vellu memecat V. Subramaniam yang lebih dikenali sebagai Barathmaniam, dan anggota CWC, K.P. Samy.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di sini, Samy Vellu berkata kedudukan dua lagi anggota parti itu yang dipecat bekas timbalan ketua pemuda P. Mugilan dan anggota CWC G. Kumar Aaman akan diputuskan pada mesyuarat CWC bulan depan.

Katanya mesyuarat bagi menimbang rayuan mereka yang dipecat itu dipengerusikan naib-naib presiden Datuk Dr S. Subramaniam dan Datuk S.K. Devamany.

Samy Vellu tidak menyatakan alasan CWC mengekalkan pemecatan mereka yang beliau umumkan pada Mei.

Keempat-empat mereka merayu agar diterima semula menganggoti parti itu setelah dipecat oleh Samy Vellu kerana mempersoalkan rancangannya untuk mengundurkan diri "tujuh atau lapan bulan" sebelum penggal beliau memegang jawatan berakhir pada Mac 2012. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain