suria

Peniaga Air Tebu Dihukum Mati

A.Murugan diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini Isnini selepas mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah membunuh pembantu rumah warga Indonesia, Muntik Bani pada Oktober tahun lepas.
A.Murugan diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini Isnini selepas mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah membunuh pembantu rumah warga Indonesia, Muntik Bani pada Oktober tahun lepas.
A.Murugan diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini Isnini selepas mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah membunuh pembantu rumah warga Indonesia, Muntik Bani pada Oktober tahun lepas.

SHAH ALAM: Seorang peniaga air tebu di pasar malam tidak menunjukkan sebarang reaksi meskipun dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas disabitkan bersalah membunuh pembantu rumah Indonesia, Muntik Bani pada Oktober lalu.

A.Murugan, 36, dilihat bersahaja menerima keputusan Hakim Mohd Yazid Mustafa yang berpuas hati bahawa pembelaan tertuduh gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi.

Pada penghakimannya, Mohd Yazid berkata, pembelaan tertuduh bersifat penafian semata-mata dan tidak boleh dipercayai serta bukan sahaja bertentangan dengan keterangan saksi pendakwaan, tetapi turut gagal menangkis keterangan saksi pendakwaan.

“Mahkamah menerima bukti ikut keadaan, bukti langsung seperti keterangan polis yang menemui mangsa di dalam tandas dan pengakuan isteri tertuduh yang mengatakan tertuduh mengurung mangsa serta akuan nazak mangsa bahawa tertuduh adalah orang yang menyebabkan kecederaan itu.

“Mahkamah juga berpuas hati bahawa adanya bukti yang menyeluruh menjurus kepada kecederaan mangsa akibat perbuatan tertuduh yang cukup untuk menyebabkan kematiannya,” kata Mohd Yazid.

Selain keterangan tertuduh, Mohd Yazid turut mendengar keterangan 50 saksi pendakwaan.

Murugan didakwa membunuh Muntik, 36, antara 18 dan 20 Oktober 2009 di rumahnya di nombor 11, Jalan Datuk Yusof Shahbudin 6, Taman Sentosa,Klang, dekat sini.

Dia didakwa di mahkamah untuk kali pertama pada 3 November 2009 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori dan diwakili peguam V.Rajehgopal.

Barisan pendakwaan pula dibarisi Timbalan Pendakwa Raya dham Abd Ghani, Mohd Dusuki Mokhtar dan Siti Fatimah Yahya sementara peguam T.Vijayandran bertindak sebagai peguam pemerhati bagi Kedutaan Indonesia dalam prosiding tersebut.

Muntik, yang berasal dari Surabaya diselamatkan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dari bilik air rumah tertuduh pada 20 Oktober lalu, didakwa dikurung selama dua hari dan tidak diberi makan. Selain itu, kepalanya juga dicukur sehingga hampir botak.

Dia yang mempunyai kesan lebam pada bahagian muka dan bisul yang telah bernanah di bahagian kaki, meninggal dunia pada 26 Oktober 2009 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, selepas gagal bertindak balas dengan rawatan doktor.

Penasihat Menteri di Kedutaan Indonesia, Amiruddin Pandjaitan yang hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan itu mengucapkan terima kasih atas usaha mahkamah dalam mencari keadilan untuk Muntik.

“Pastinya keadilan sudah ditegakkan dan kesalahan dapat dibuktikan. Yang melakukan kesalahan telah mendapat hukuman setimpal mengikut sistem kehakiman negara ini,’ katanya semasa ditemui.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain