suria

MCA Yakin Manfaat Penyelarasan Subsidi Untuk Rakyat

KUALA LUMPUR: MCA percaya penjimatan daripada penyelarasan subsidi yang dilaksana kerajaan berkuat kuasa Jumaat lepas akan kembali kepada rakyat.

Timbalan Presidennya, Datuk seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan mengambil langkah tersebut bagi memastikan kemakmuran negara berkekalan untuk generasi akan datang.

"MCA menyokong langkah penyelarasan subsidi untuk bahan api dan gula sebagai sebahagian usaha kerajaan mengurangkan defisit dan menumpukan hasil pendapatan bagi membantu rakyat yang memerlukan.

"Langkah ini juga perlu untuk membendung penyeludupan sumber kita ke negara jiran. Subsidi adalah untuk membantu rakyat Malaysia yang miskin tetapi ramai rakyat asing turut menikmatinya," katanya dalam satu kenyataan, di sini Ahad.

Justeru kata Liow, rakyat negara ini harus bersedia untuk menerima perubahan tersebut yang memerlukan masyarakat mengubah cara hidup.

"Perubahan ini tidak dapat dielakkan namun ianya akan dilakukan secara beransur-ansur agar tidak menjejaskan perniagaan atau membebankan pengguna," katanya.

Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional juga akan terus menumpukan kepada kebajikan rakyat dalam melaksanakan polisinya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain