suria

Dayang Madinah Angkat Sumpah Ahli Dewan Negara

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Dayang Madinah Tun Abang Haji Openg hari ini mengangkat sumpah sebagai Senator Dewan Negara di sini.

Upacara angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan disaksikan oleh ahli-ahli Dewan berkenaan.

Dayang Madinah, 55, ialah anak kedua bongsu kepada bekas Gabenor Sarawak yang pertama, Allahyarham Tun Abang Haji Openg.

Dayang Madinah merupakan bekas mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang pentadbiran.

Beliau yang merupakan seorang usahawan, pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha di Sarawak Land Development Board (SLDB) dan bekas Eksekutif di Petronesa Sdn Bhd. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain