suria

Bicara Kes Kugan Sambung Ogos

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini, menetapkan Ogos ini untuk menyambung semula perbicaraan seorang konstable yang didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap A.Kugan, yang dilaporkan mati semasa berada di dalam lokap, tahun lepas.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz menetapkan perbicaraan bersambung selama tiga hari bermula 18 Ogos ini.

Dalam kes ini, V.Navindran, 28, dibicarakan selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Kugan, 23, yang ditahan pada 15 Januari 2009 kerana disyaki terlibat dengan kes curi kereta.

Tertuduh yang diwakili peguam Datuk P.M.Nagarajan didakwa melakukan kesalahan itu di bilik soal siasat pejabat D9, Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya pada pukul 7 pagi, 16 Januari 2009.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 331 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain