suria

Ketua Wanita Umno Besut Selamat Jalani Pembedahan Jantung

BESUT: Ketua Wanita Umno Bahagian Besut, Engku Naemah Engku Taib, 52, selamat menjalani pembedahan bagi menukarkan injap jantungnya yang tidak berfungsi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan.

Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan Sabtu lalu dan menjalani pembedahan semalam yang mengambil masa lebih tiga jam.

Ketika ditemui di hospital berkenaan hari ini, Engku Naemah berada dalam keadaan sihat dan boleh berjalan di sekitar bilik Wad Kristal Dua serta berbual-bual dengan pelawat yang menziarahinya.

Beliau berkata penyakitnya dikesan awal tahun ini apabila mendapati dirinya selalu letih dan kadang-kadang susah bernafas apabila melakukan kerja-kerja berat.

Katanya setelah menjalani pembedahan, beliau kini lebih selesa dan menjangka akan dibenarkan pulang esok atau lusa. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain