Tiga Maut Kereta Bertembung Di Port Dickson - Semasa | mStar

Tiga Maut Kereta Bertembung Di Port Dickson

PORT DICKSON: Tiga maut manakala empat lagi cedera parah apabila dua buah kereta bertembung di Km 7.2, Jalan Linggi-Rantau dekat sini petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Baljeet Singh berkata kejadian itu berlaku kira-kira 2.40 petang membabitkan sebuah kereta Proton Saga dan sebuah kereta Proton Satria Neo.

"Pemandu kereta Proton Saga, Ibrahim Bachik, 68, dan isterinya Zainab Long, 64, maut di tempat kejadian. Mayat mereka dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat," katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS).

Katanya pemandu kereta Proton Satria Neo, Mohd Halit Ibrahim, 55, meninggal dunia ketika dibawa ke HTJS manakala isterinya Rosella Abdullah, 40, dan anak mereka Nor Mohammad Fadli, 24, serta anak tiri Mohd Halit, Nor Ashima Yahya, 20, dan menantu mereka Hazlijam Hashim, 25, cedera parah dan dimasukkan ke HTJS.

Baljeet berkata kejadian berlaku ketika kereta Proton Saga itu sedang dalam perjalanan menghala ke Rantau apabila dikatakan gagal memotong sebuah kereta lain, lalu bertembung dengan kereta Proton Satria Neo yang datang dari arah bertentangan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain