Pekerja Matang, Berpengalaman Perlu Dikekalkan:Shahrizat

KUALA LUMPUR: Majikan perlu melaksanakan langkah persaraan secara beransur-ansur terhadap pekerja mereka dengan mengekalkan pekerja yang matang dan berpengalaman, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata majikan perlu menimbangkan cara kreatif untuk mengekal pekerja matang dan berpengalaman menerusi latihan semula dan kerja secara fleksibel.

"Ini akan membenarkan pekerja yang telah berusia untuk meneruskan dunia pekerjaan mereka dan membolehkan mereka untuk terus menabung dan hidup selesa di masa depan," katanya semasa merasmikan persidangan antarabangsa "Southeast Asia Conference on Ageing 2010: Improving Well-Being in Later Life" anjuran Institut Gerentologi, Universiti Putra Malaysia di sini hari ini.

"Terdapat ruang, malah keperluan untuk para pesara yang melebihi umur 58 tahun yang kaya dengan pengalaman untuk terus menyumbang kepakaran mereka yang terkumpul sejak beberapa tahun untuk terus menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara," katanya.

Shahrizat berkata untuk menamatkan perkhidmatan pekerja pada umur 56 hingga 58 tahun atas faktor persaraan wajib, adalah tidak produktif bagi negara yang mahu menjadi negara berpendapatan tinggi.

Katanya Malaysia memiliki 2.2 juta penduduk yang melebihi usia 60 tahun iaitu kira-kira 7.8 peratus daripada keseluruhan penduduknya.

"Pertambahan nisbah penduduk golongan warga emas di dalam dunia menawarkan peluang yang banyak untuk pembangunan industri berkaitan.

"Cabaran terbesar ialah untuk memperkasakan mereka membuat persediaan ke arah kehidupan seterusnya yang lebih panjang, bermakna dan berkualiti," kata beliau.

Shahrizat berkata perancangan untuk kehidupan bebas dan berkebajikan masa mendatang perlu bermula di usia muda. - BERNAMA

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain