suria

Najib Pilih Pakaian Rasmi Hari Kemerdekaan Ke-53

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak hari memilih dua pasang pakaian rasmi sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Kemerdekaan ke-53 tahun ini.

Pakaian yang dipilih itu adalah daripada lima rekaan pakaian lelaki dan lima pakaian wanita rekaan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia yang diperagakan kepada Perdana Menteri di sini pada Jumaat.

Turut sama menyaksikan rekaan itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Rais yang ditemui pemberita kemudian berkata satu daripada pakaian itu akan dipakai pada sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan satu lagi pada pelancaran Bulan Kemerdekaan pada 1 Ogos.

Katanya selain untuk dipakai oleh menteri dan pegawai kanan kerajaan, orang ramai juga boleh mendapatkan pakaian itu di pusat-pusat jualan Karyaneka selepas 15 Ogos nanti dengan harga antara RM50 dan ke RM100 bergantung kepada jenis kain. - BERNAMA

Artikel Lain