Kerajaan Hantar 40 Anggota ATM Ke Afghanistan Esok - Semasa | mStar

Kerajaan Hantar 40 Anggota ATM Ke Afghanistan Esok

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menghantar satu kontinjen 40 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu membina serta membangunkan semula Afghanistan.

Mereka terdiri daripada 10 pegawai dan 30 anggota lain-lain pangkat daripada pasukan Perubatan, pasukan Pergigian serta Elemen Keselamatan Am dan Tadbir di bawah misi Operasi Interim Sokongan dan Bantuan Nasional ke Afghanistan.

Menurut kenyataan Bahagian Hal Ehwal Markas Angkatan Bersama (MK AB) Kementerian Pertahanan pada Rabu, penugasan kontinjen itu adalah khusus kepada bantuan kemanusiaan dan tidak melibatkan sebarang penugasan kombat atau konflik.

"Ia adalah lebih kepada bidang perubatan yang kritikal meliputi khidmat kesihatan, pergigian dan kemasyarakatan," kata kenyataan itu.

Kumpulan MALCON ISAF yang terdiri daripada enam pegawai dan enam anggota lain-lain pangkat diketuai Leftenan Kolonel Nor Azan Omar selaku Komander, akan bertolak esok dan dijangka tiba di Wilayah Bamyan sehari kemudian.

"Kumpulan pendahuluan itu akan membuat persediaan penerimaan kumpulan induk yang dirancang akan diaturgerakkan pada penghujung bulan September ini," kata kenyataan itu.

Selaras dengan keputusan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk Afghanistan pada 2001, kontinjen Malaysia akan diaturgerakkan sebagai Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa Kumpulan Induk Kontinjen Malaysia (MALCON ISAF) seperti penglibatannya di negara-negara lain.

MALCON ISAF akan ditugaskan di Wilayah Bamyan, Afghanistan bersama-sama dengan Pasukan Pembangunan Semula Wilayah (PRT) New Zealand.

Bamyan merupakan sebuah kawasan di tengah Afghanistan yang berpotensi dibangunkan daripada segi infrastruktur dan perkhidmatan masyarakat Islam setempat kerana aspek keselamatan di wilayah itu terkawal.

PRT New Zealand menjadi tumpuan penempatan pasukan Malaysia kerana hubungan baik dan kerjasama yang terjalin antara kedua negara dalam pelbagai aspek seperti menerusi Peraturan Pertahanan Lima Negara (FPDA).

Menurut kenyataan itu, kerajaan Afghanistan melihat Malaysia sebagai negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam yang aktif melibatkan diri dalam misi bantuan kemanusiaan contohnya di Somalia, Bosnia Herzegovina dan Sudan.

Sehubungan itu, Afghanistan telah meminta bantuan Malaysia dalam pembangunan semula negara tersebut yang musnah dan mundur akibat peperangan yang panjang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain