Jangan Hantar Suspek Denggi Pulang Ke Rumah - Liow - Semasa | mStar

Jangan Hantar Suspek Denggi Pulang Ke Rumah - Liow

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta doktor supaya tidak menghantar pulang mereka yang disyaki dijangkiti demam denggi sebaliknya diletakkan di bawah pengawasan di wad hospital.

Beliau berkata beliau menerima aduan bahawa terdapat mereka yang disyaki menghidap denggi telah diminta untuk pulang dahulu ke rumah, sementara menunggu hasil ujian yang dilakukan ke atas suspek.

"Saya melihat sejumlah kes di mana pesakit denggi mati di hospital selepas sehari, dua tiga hari dimasukkan ke wad. Saya mahu mereka (doktor) melihat kepada kes kematian, bagaimana mahu mengurangkan kematian.

"Selepas kita memasukkan mereka (suspek pesakit) di wad, ia mudah untuk dipantau. Selain itu, pemantauan perlu dilakukan secara kerap dan berkesan, setiap empat jam.

"Jangan hantar suspek pesakit denggi balik," katanya.

Liow berkata usaha akan dipertingkatkan untuk memerangi denggi selaras dengan sasaran kementerian untuk melaksanakan sehingga 1,000 program komunikasi untuk perubahan tingkah laku (COMBI) di seluruh negara.

COMBI diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan menggunakan pendekatan komunikasi bagi mencegah dan mengawal penyakit berjangkit seperti penyakit TB, kusta dan filariasis di beberapa negara.

"Kita akan mendapatkan bantuan NGO (badan bukan kerajaan), menghantar pegawai untuk memantau semua COMBI agar COMBI akan menjadi berkesan," katanya.

Selain COMBI, Kementerian Kesihatan juga turut melaksanakan rancangan lima tahun Pelan Strategik Kebangsaan untuk mengawal denggi sejak April lalu bagi tempoh masa 2009-2013.

Sasaran pelan ini ialah untuk mengurangkan jumlah kes sebanyak 10 peratus setiap tahun dan 50 peratus daripada 49,335 kes pada 2009 kepada 21,430 kes tahun ini.

"Masalah denggi adalah sangat serius kerana jumlah kes masih dianggap tinggi di mana kementerian sering menggalakkan penyertaan lebih ramai anggota masyarakat dalam program mengawal denggi," kata Liow.

Beliau mengingatkan bahawa peperangan terhadap denggi merupakan tanggungjawab setiap orang kerana tindakan penyemburan kabus semata-mata tidak boleh mengawal denggi.

Selagi masih terdapat tempat pembiakan nyamuk Aedes yang menjai punca kepada penyakit denggi, Aedes akan terus muncul dan mendatangkan penyakit, kata beliau. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain