suria

Kenapa PBT S'gor Naikkan Cukai Pintu?

SHAH ALAM: MCA Selangor telah mempertikaikan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor yang mula menaikkan cukai pintu sedangkan sebelum ini rakyat telah dijanjikan bahawa kadar tersebut akan dikurangkan sebanyak 20 peratus.

Ketua Biro Penerangan MCA Selangor, Datuk Yap Pian Hon berkata, terdapat PBT yang telah memulakan langkah menaikkan cukai pintu setelah melakukan penilaian semula nilai premis.

"Kebanyakan PBT telah memulakan langkah menaikkan cukai pintu selepas penilaian semula, contohnya terdapat sebahagian penduduk Kampung Baru Bt 11, Cheras yang telah menerima notis yang memaklumkan bahawa kenaikan cukai pintu terhadap mereka bermula Julai tahun ini," katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan penduduk di sekitar Ulu Yam dan Kampung Baru Serdang yang juga mengalami masalah kenaikan cukai pintu.

Bagaimanapun Yap berkata PBT Klang tidak mengambil langkah yang serupa setelah mendapat tentangan daripada penduduk.-BERNAMA

Artikel Lain