suria

Pelajar Kolej Kemahiran Maut Digilis Lori Pasir

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar wanita sebuah kolej kemahiran Terbunuh dalam kemalangan melibatkan motosikal yang ditungganginya dengan sebuah lori pasir di Jalan Bukit Payong-Rawai, Marang, pagi ini.

Dalam kejadian pada 9 pagi itu, Norhayati Isa, 25, dari Kampung Pantai Ali dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian badan setelah digilis oleh lori berkenaan, kataKetua Polis Daerah Marang DSP Ahmad Mazlan Yahaya.

"Siasatan awal menunjukkan kejadian berlaku apabila motosikal yang ditunggangi Norhayati terjatuh di tengah jalan setelah bergesel dengan sebuah kenderaan lain dan pada masa yang sama sebuah lori berisi pasir dari arah hadapan tidak sempat mengelak lalu menggilis mangsa," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain