Mahkamah Tolak Rayuan SPRM, Anggota Polis Bebas Tuduhan Rasuah - Semasa | mStar

Mahkamah Tolak Rayuan SPRM, Anggota Polis Bebas Tuduhan Rasuah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak rayuan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap keputusan Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan seorang anggota polis daripada tuduhan menerima rasuah, lima tahun lepas.

Ketika menolak rayuan itu, Hakim Datuk Ghazali Cha berkata, keputusan itu dibuat mengikut pertimbangan maksima berdasarkan keterangan dan kredibiliti pengadu dalam kes Lans Koperal Mohd Rahizan Mohd Ashri.

"Berdasarkan keterangan, pengadu Sirat Miswar mempunyai motif tertentu dan mempunyai niat membalas dendam...justeru itu mahkamah tidak akan mengusik keputusan hakim Mahkamah Sesyen," katanya.

Pada 21 Julai 2005, Mohd Rahizan, 39, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua tuduhan menerima rasuah daripada Sirat di kawasan letak kereta Kedutaan Indonesia di sini.

Beliau didakwa menerima rasuah RM300 daripada Sirat pada 4 Januari 2005 bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil ke atas pengadu kerana memiliki pasport orang lain dan RM100 lagi pada keesokan harinya di tempat yang sama.

Mohd Rahizan didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara minimum 14 hari hingga 20 tahun dan denda sehingga RM10,000, jika sabit kesalahan.

Pada September tahun lepas, Hakim Mahkamah Sesyen Anita Harun membuat keputusan melepaskan dan membebaskan Mohd Rahizan daripada tuduhan itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain