suria

PGPO Kaji Undang-undang Laut Berhubung Tindakan Israel Naiki Mavi Marmara

Tun Mahathir bersama Muhyiddin Yassin ketika menghadiri persidangan antarabangsa 'Breaking the Seige: In the Spirit of Rachael Corrie & Mavi Marmara di Dewan Tun Abdul Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini semalam. Turut kelihatan Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri Pengerusi PGPO, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Perdana Global Peace Organization (PGPO) akan mengkaji undang-undang laut untuk melihat kepada implikasi perundangan terhadap tindakan Israel menaiki kapal yang menerajui flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza, Mavi Marmara.

Pengerusi PGPO Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sebaik sahaja implikasi perundangan itu dikenal pasti, pertubuhan itu akan mengambil tindakan terhadap Israel.

"Apa yang dilakukan oleh Israel sebenarnya adalah satu bentuk lanun, dan kini Israel menahan kapal itu di sana, ia perbuatan yang salah. Sebaik sahaja implikasi perundangan dikenal pasti, seperti apa peruntukan undang-undang berkaitan laut yang boleh diketengahkan, kami akan ambil tindakan susulan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutupan persidangan antarabangsa mengenai Gaza yang bertemakan "Breaking the Siege: In the Spirit of Rachel Corrie and Mavi Marmara" (Memecahkan Kepungan: Berlandaskan Semangat Rachel Corrie dan Mavi Marmara)," di sini semalam.

Mantan Perdana Menteri itu berkata sekiranya tindakan tidak dapat diambil terhadap Israel, sekurang-kurangnya Malaysia dapat menunjukkan kepada dunia bahawa Israel adalah seuah negara yang tidak mematuhi undang-undang.

Beliau berkata PGPO akan terus cuba memecahkan kepungan dari laut di samping terus berusaha untuk ke Gaza melalui Rafah bagi menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

"Sekatan menerusi laut masih ada, tapi kami akan terus menghantar bantuan menerusi laut dan darat, dan akan lihat sama ada deklarasi oleh oleh Mesir yang mereka akan membuka Rafah untuk membolehkan orang ramai membawa bantuan ke Gaza akan dilaksanakannya," katanya.

Pada 31 Mei tentera Israel menaiki Mavi Marmara, kapal yang meneraju flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza, dan membunuh sembilan aktivis serta mencederakan beberapa penumpang.

Rakyat Malaysia adalah antara 550 sukarelawan yang menaiki kapal Mavi Marmara dan MV Rachel Corrie yang membawa bantuan itu yang ditawan oleh tentera Israel semasa kapal-kapal itu berada di kawasan perairan antarabangsa, menghala ke Gaza.

PGPO membiayai dua kapal penumpang dalam flotilla berkenaan serta kapal MV Rachel Corrie. - BERNAMA

Artikel Lain