Mercun, Beras Siam Bernilai RM6,000 Dirampas Di Rantau Panjang - Semasa | mStar

Mercun, Beras Siam Bernilai RM6,000 Dirampas Di Rantau Panjang

RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion Ketujuh berjaya merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api beserta beras Siam di sebuah stor lama di sini, pagi ini.

Pegawai Pemerintahnya Supt Mohamad Khalid Wahab berkata rampasan pada pukul 7.55 pagi di kawasan Kedai Lama di sini, membabitkan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM6,127.50 yang dipercayai diseludup masuk dari Thailand.

"Anggota kami telah membuat intipan selama dua jam yang akhirnya membuat keputusan memecah masuk stor berkenaan yang menjumpai mercun dan beras tersebut.

"Kesemua rampasan ini dipercayai untuk dipasarkan di negeri ini dan luar Kelantan untuk sambutan hari raya akan datang," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata tiada sebarang tangkapan dilakukan manakala barang rampasan itu akan diserahkan kepada pihak berkuasa yang lain bagi tindakan selanjutnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain