suria

Lelaki Dikehendaki Polis Mati Terjatuh Dari Tingkat Tiga

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang mempunyai 13 rekod jenayah di temui mati, dipercayai terjatuh dari rumahnya di tingkat tiga SD Apartment, Bandar Sri Damansara di sini, semalam.

Mayat Wong Kok Bin, 43, ditemui oleh orang ramai berlumuran darah di tingkat bawah apartmen itu pada pukul 9.55 pagi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata lelaki itu tinggal bersendirian di rumah itu dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Beliau berkata berdasarkan rekod polis, lelaki itu mempunyai 13 rekod jenayah lampau antaranya samun dan gaduh.

"Lelaki itu dipercayai bertindak untuk membunuh diri dan pada masa ini polis mengklasifikasi kes itu sebagai mati mengejut. Bagaimanapun kami masih menyiast kes ini daripada pelbagai sudut," katanya ketika dihubungi.

Ditanya sama ada kes itu mempunyai kaitan dengan peminjam wang haram atau Ah Long, Arjunaidi berkata siasatan awal mendapati ia tiada kaitan.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Lain