Harakah Diberi Satu Lagi Surat Tunjuk Sebab

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi tempoh tujuh hari kepada lidah rasmi Pas, Harakah, mulai hari ini bagi menjawab surat tunjuk sebab berhubung penerbitan dan pengedaran akhbar itu yang telah pun tamat tempoh permitnya.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Mahmood Adam berkata tempoh itu bermula hari ini dan jika gagal berbuat demikian tindakan tegas akan dikenakan termasuk menggantung penerbitan akhbar itu.

Mahmood berkata meskipun Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dan Pengarah Urusan Harakah Datuk Kamaruddin Jaafar hadir ke KDN bagi memberi penjelasan tetapi KDN masih memerlukan penjelasan bertulis.

"Mereka datang beri penjelasan hari ini, tetapi KDN tetap mahukan penjelasan secara bertulis bagi memudahkan KDN menjalankan siasatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Penerbitan akhbar berkenaan tamat permitnya pada 7 Julai lepas dan belum diperbaharui oleh kementerian hingga kini.

Pada 8 Julai lepas, Harakah diberikan satu surat tunjuk sebab berhubung lambat menghantar lapan salinan Harakah kepada KDN setiap isu, menjual kepada bukan anggota Pas dan menjual di luar daripada tempat yang dibenarkan.

Sementara itu, berhubung kedegilan Suara Keadilan terbitan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang masih menerbitkan akhbar itu dengan wajah baru, Mahmood berkata bagi KDN ia tetap Suara Keadilan, penerbitan serta pengedarannya salah dan boleh dikenakan tindakan.

"Bahagian undang-undang kementerian sedang draf tindakan apa yang boleh diambil dan perkara itu juga akan dibincangkan dalam mesyuarat malam ini, kemudian kementerian akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu," katanya.

Lidah rasmi PKR terus diterbitkan dengan nama baru "Keadilan" biarpun permit akhbar mingguannya "Suara Keadilan" tamat tempoh pada 30 Jun lepas.

Pengarah strategi PKR TIan Chua memberitahu pemberita di lobi Parlimen hari ini bahawa edisi yang diberi nama 'Keadilan' diedar secara percuma. - BERNAMA

Artikel Berikut

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain