suria

Perwakilan Minta Kerajaan Beri Cuti Umum 2 Hari Untuk Deepavali

KUALA LUMPUR: Seorang anggota perwakilan MIC meminta kerajaan mempertimbangkan untuk menambah kepada dua hari cuti umum sempena sambutan Deepavali bagi membolehkan kaum India meluangkan masa bersama keluarga.

N. Thevar dari MIC Teluk Intan berkata, cuti itu juga diperlukan untuk pelajar kerana perayaan itu lazimnya disambut sejurus sebelum peperiksaan penggal akhir persekolahan.

"Selalunya peperiksaan diadakan selepas perayaan ini, jadi mereka tidak dapat menumpukan pelajaran dan merayakan Hari Deepavali," katanya pada perhimpunan agung MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, pada Ahad.

Naib Presiden MIC Datuk S.K. Devamany, yang menyokong cadangan itu, berkata cuti umum perayaan itu sewajarnya diselaraskan sama seperti cuti Aidilfitri dan Tahun Baru Cina.

"Banyak masa yang kami perlukan... pagi kami perlu bersembahyang di kuil, kemudian melayan tetamu, meluangkan masa dengan keluarga. Oleh itu, satu hari (cuti umum) tidak cukup," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain