suria

KDN Akan Terus Beri Nilai Tambah Kepada Produk 1Malaysia

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan terus menambah nilai produk-produk 1Malaysia yang ditawarkannya, kata menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini beliau berkata pihaknya sudah mengenal pasti produk-produk yang dapat dilaksanakannya seperti satu hari satu pengeluaran gantian MyKad di JPN Putrajaya, dan satu minit pemeriksaan daftar masuk dan keluar satu penumpang untuk kawalan keluar masuk di pintu-pintu masuk Imigresen.

"Produk-produk ini akan ditawarkan oleh KDN dalam tempoh terdekat," katanya.

Katanya Jabatan Imigresen sebelum ini berjaya melaksanakan inisiatif mengeluarkan pasport antarabangsa dalam masa sejam di 26 cawangan jabatannya di seluruh negara.

"Segala langkah ini akan dilaksanakan dengan menggabungkan elemen-elemen serta paparan imej 1Malaysia yang lebih jelas dengan memaparkan unsur-unsur pembaharuan yang dilaksanakan," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain