suria

Umno Perlu Dekati Kumpulan Masyarakat Sivil - Saifuddin

KAMPUNG GAJAH: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah berkata Umno perlu memberi tumpuan khusus kepada kumpulan masyarakat sivil sebagai usaha untuk mengukuhkan parti.

Beliau berkata kumpulan masyarakat sivil terdiri daripada individu yang tidak menganggotai mana-mana parti politik tetapi mempunyai kuasa dalam menentukan kemenangan parti politik dalam pilihan raya.

Kumpulan itu tidak terikat dengan mana-mana ideologi, bersikap terbuka dan mereka akan mengundi mengikut kata hati, katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak mesyuarat perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Pasir Salak di sini pada Sabtu.

"Umno perlu meyakinkan kumpulan ini untuk mereka terus menyokong Umno dan Barisan Nasional," kata Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. -BERNAMA

Artikel Lain