suria

Polis Ambil keterangan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham

SEREMBAN: Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Badrul Hisham Shahrin pada Jumaat dilaporkan ditahan polis semasa menghadiri mesyuarat di pejabat perhubungan parti itu di Jalan Rahang di sini, Jumaat.

Setiausaha PKR Negeri Sembilan Sabaruddin Mohd Yassin memberitahu Bernama, Badrul Hisham, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, dilaporkan dibawa keluar daripada mesyuarat itu pada pukul 9.30 malam tadi oleh kira-kira 10 anggota polis untuk diambil keterangan.

Sabaruddin, yang menyatakan tidak mengetahui butiran lanjut alasan penahanan itu, berkata Badrul Hisham bagaimanapun telah dibebaskan oleh polis setelah diambil keterangan.

Badrul Hisham dan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Othman Salleh tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara itu. - BERNAMA

Artikel Lain