suria

Pendekatan 5S Bantu BN Catat Kemenangan Lebih Besar - Ahmad Maslan

KANGAR: Pendekatan 5S boleh membantu Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno mencatat kemenangan lebih besar pada pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan.

Katanya, 5S ialah strategi, semangat, sungguh-sungguh, stamina dan serang.

Bercakap kepada pemberita selepas menutup mesyuarat Wanita Umno Bahagian Arau di sini hari ini, beliau yakin pendekatan itu boleh digunakan di semua peringkat parti.

"5S bukan sahaja telah digunakan dalam sukan bola sepak tapi juga boleh dilaksanakan dalam perjuangan BN," kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Menurutnya strategi amat penting diikuti semangat berpasukan dan kesungguhan setiap anggota parti manakala stamina dan keupayaan melakukan serangan perlu juga diambil kira.

Beliau juga bimbang dengan sindrom takut di kalangan anggota Umno sehingga tidak sanggup menyatakan kebenaran apabila berhadapan dengan dakwaan pembangkang.

"Kalau kita takut jadi juara rakyat, kita akan terus tertinggal," katanya. -BERNAMA

Artikel Lain