suria

MITI Tarik Pelabur Bina Hotel Di Malaysia - Mustapa

LANGKAWI: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri kini berusaha menarik pelaburan dalam bidang perhotelan berikutan perkembangan pesat industri pelancongan di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Mustapa Mohamad berkata perkembangan yang menggalakkan dalam industri pelancongan itu telah menyebabkan permintaan bagi bilik hotel khususnya di Langkawi, Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak telah meningkat.

Beliau yakin permintaan untuk bilik hotel akan terus meningkat berikutan pertambahan pelancong ke negara ini dan pada tahun lepas sahaja, lebih 20 juta pelancong tiba di Malaysia.

Selain itu, minat pelabur luar dalam bidang perhotelan di negara ini kian bertambah dengan pembinaan beberapa hotel baru di Kuala Lumpur dan Sabah, katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakillan Umno Bahagian Langkawi di sini, pada Sabtu.

Pada majlis itu, seramai 14 anggota veteran Umno menerima anugerah.

Dalam perkembangan lain, Mustapa yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno menyarankan supaya anggota parti itu bekerja keras serta memantapkan perpaduan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. -BERNAMA

Artikel Lain