Institut Jantung Terengganu Dijangka Beroperasi Tahun Depan - Semasa | mStar

Institut Jantung Terengganu Dijangka Beroperasi Tahun Depan

KEMAMAN: Institut Jantung negeri Terengganu dijangka mula beroperasi tahun depan sebaik sahaja proses pengubahsuaian bangunan Strawberry Kijal Resort Apartment di Senajang Teluk selesai.

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata proses pengubahsuaian bangunan yang telah dibeli oleh kerajaan negeri itu dijangka dilakukan dalam tempoh sebulan dua lagi.

"Selain menempatkan institut jantung, kami juga bercadang untuk menempatkan dua lagi pusat perubatan iaitu institut kanser dan institut strok," katanya ketika berucap pada sambutan hari guru peringkat Kemaman di sini hari ini. Turut hadir Pegarah Pelajaran negeri Ariffin Embong.

Ahmad yang ditemui pemberita selepas majlis itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pembukaan institut jantung negeri itu.

Sementara itu, Ahmad berkata sebanyak RM135 juta diperuntukkan kerajaan negeri bagi tujuan pendidikan tahun ini, manakala RM107 juta lagi diperuntukkan kepada Yayasan Terengganu bagi membantu membiayai pelajaran anak-anak negeri ini.

Pada majlis itu Ahmad turut menyampaikan cenderahati kepada lebih 3,000 guru sekolah menengah dan rendah di daerah ini. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain