suria

E-Perkhidmatan TNB Untuk Memudahkan Pemantauan Ke Atas Akaun Elektrik

KUALA LUMPUR: Pelanggan kini boleh memantau akaun bekalan elektrik masing-masing menerusi https://eservices.tnb.com.my, perkhidmatan percuma berasaskan web oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Para pelanggan boleh mendaftar untuk "maklumat bil pelanggan dalam talian" menerusi perkhidmatan itu, kata TNB dalam satu kenyataan.

Perkhidmatan berkenaan membolehan pelanggan menyemak jumlah bil terunggak, butiran akaun, maklumat bil dan pembayarannya.

Pelanggan TNB yang menyewa atau memajak premis masing-masing akan mendapati maklumat ini penting kerana ia membolehkan mereka menjejak akaun elektrik yang didaftarkan atas nama mereka.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur boleh menghubungi Pusat Pertanyaan Sehenti TNB di 1-300-88-5454.

Pelanggan boleh menyemak status baki bil dan pembayaran dengan mengunjungi Kedai Tenaga terdekat. - BERNAMA

Artikel Lain