Wawasan 2020 Mampu Dicapai Jika Tukar Strategi - Dr Mahathir - Semasa | mStar

Wawasan 2020 Mampu Dicapai Jika Tukar Strategi - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Malaysia boleh mencapai Wawasan 2020, iaitu untuk mencapai status negara maju, sekiranya beberapa strategi pembangunan dan ekonomi ditukar, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Bekas perdana menteri yang mengilhamkan wawasan itu pada 1991, berkata ini kerana krisis kewangan dunia serta krisis dalaman negeri pada tahun 1997 dan 1998 sedikit sebanyak telah menyekat pertumbuhan ekonomi negara seperti yang dirancang.

"Untuk mencapai Wawasan 2020, negara perlu memperoleh pertumbuhan ekonomi sebanyak tujuh peratus setiap tahun bagi tempoh 30 tahun," katanya pada 'Forum RMK-10 KITA' Siri 3 anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam Khamis, disiarkan secara langsung melalui TV1.

Dr Mahathir berkata bagaimanapun, strategi pembangunan dan ekonomi yang perlu ditukar itu harus dibincang dengan lebih mendalam bagi mengenal pasti bentuk strategi yang boleh menggalakkan pertumbuhan yang lebih besar.

"Ada cara-caranya, tapi kita kena perah otak supaya kita dapat satu idea bagaimana untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara," katanya.

Mengenai pembangunan Kampung Baru di Kuala Lumpur, Dr Mahathir mencadangkan supaya kaum lain turut terlibat dalam program pembangunan itu supaya ia dapat dijadikan daya penarik dalam usaha tersebut.

"Saya berpendapat perlu ada kaum lain yang mengambil bahagian. Kita tidak boleh tentukan 40 peratus ke 50 peratus tetapi sedikit sebanyak mesti ada, kerana ia adalah satu daya penarik.

"Kalau tidak ada kaum lain berniaga bersama, orang Melayu pun tidak akan datang kerana memang sudah kepercayaan kononnya orang Melayu tidak boleh berniaga," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata punca masyarakat Melayu masih berkurangan dalam senarai 40 orang terkaya di negara ini walaupun Malaysia telah 50 tahun merdeka adalah kerana dakwanya orang Melayu masih "tidak dapat mengawal nafsu dan terlalu boros."

"Kita tidak kawal nafsu, kita dapat duit sahaja (kita) hendak belanja. Saya jumpa dengan seorang kawan Cina, katanya masalah mengenai Bumiputera, tidak pandai hendak menguruskan tunai, ada duit sahaja hendak belanja, belum jadi duit sendiri pun sudah belanja," katanya.

Dr Mahathir turut menegaskan bahawa Rancangan Malaysia Ke-10 bukan bersifat rasis walaupun banyak memberi tumpuan kepada agenda pembangunan Bumiputera.

"(RMK-10) hanya bertujuan menyamakan pendapatan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Tumpuan mesti diberikan kepada yang tertinggal kerana yang di belakang tidak dapat kejar yang di depan," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Asing Ditahan Tipu Wanita Tempatan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain