Dua Kilang Musnah Kebakaran Di Sungai Buloh - Semasa | mStar

Dua Kilang Musnah Kebakaran Di Sungai Buloh

KUALA LUMPUR: Dua kilang iaitu kilang makanan haiwan peliharaan dan kilang perabot musnah dalam kebakaran di Kampung Baru, Sungai Buloh di sini, Khamis.

Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Selangor Ismail Osman berkata, kejadian dilapor pada pukul 5.24 petang dan ketika kejadian tiada sesiapa yang berada dalam kilang itu.

Beliau berkata, 45 anggota dari lima balai iaitu Balai Bomba Sungai Buloh, Shah Alam, Damansara, Kota Anggerik dan Pelabuhan Klang mengambil masa lebih sejam untuk mengawal kebakaran.

"Tiba di tempat kejadian api masih lagi marak. Api berjaya dikawal kira-kira pukul 7.14 malam," katanya.

Menurutnya, jumlah kerugian dan punca kebakaran masih disiasat. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain