suria

Kerajaan Bercadang Kurangkan Subsidi Secara Berperingkat

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang untuk mengurangkan subsidi secara berperingkat-peringkat dalam tempoh tiga hingga lima tahun, bermula tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara barangan bersubsidi di bawah kawalan kementeriannya ialah gula, tepung gandum, minyak masak, petrol, diesel dan gas asli cecair.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ab Aziz Ab Kadir (PKR-Ketereh) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, Selasa.

Menjawab soalan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan), Ismail Sabri berkata Kementerian Kesihatan telah memperkenalkan garis panduan pengiklanan dan pelabelan maklumat pemakanan bagi makanan segera pada 1 Jan 2008.

Pelabelan maklumat pemakanan di restoran makanan segera telah diletakkan sama ada pada pembungkus, kotak, pelapik dulang, brosur, pamplet dan poster, katanya.

Beliau berkata maklumat pemakanan perlu dipaparkan sebagai rujukan untuk pengguna.

Hee ingin tahu bilakah kementerian akan melaksanakan pelabelan peratusan kandungan zat makanan dalam makanan segera seperti McDonalds' dan Kentucky Fried Chicken. - BERNAMA

Artikel Lain