suria

Perkukuhkan Pembangunan Modal Insan - Khaled Nordin

KUCHING: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menggesa pembangunan sumber manusia di negara ini dapat diperkukuhkan melalui usaha inovasi.

Beliau berkata, ini selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan modal insan bertaraf dunia.

“Dalam pada itu, sektor pengajian tinggi mempunyai peranan yang besar dalam melahirkan sumber manusia yang terbaik,” katanya pada perasmian Kongres Pengurusan Sumber Manusia di sini pada Selasa.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam pembentangan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) mencadangkan agar penubuhan Talent Corporation dalam usaha menguruskan pembangunan bakat yang sistematik dan strategik.

Artikel Lain