Polis Tahan Pasangan Kekasih Dipercayai Terlibat Kes Bunuh - Semasa | mStar

Polis Tahan Pasangan Kekasih Dipercayai Terlibat Kes Bunuh

KUALA TERENGGANU: Polis menahan seorang lelaki bersama temannya, seorang pelajar perempuan tingkatan tiga berusia 15 tahun, dipercayai terlibat dengan kes bunuh seorang remaja lelaki di Kemaman 14 Jun lepas.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, lelaki berusia 36 tahun itu ditahan bersama temannya itu ketika sedang bersembunyi di sebuah pondok dalam sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Seberang Tayor, Hilir, Air Putih, Kemaman kira-kira pukul 3 pagi semalam.

"Dalam serbuan itu, polis telah merampas sebilah pisau bersarung sepanjang 28 sentimeter dalam sebuah beg galas yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa yang dipercayai bermotifkan cemburu.

"Selain itu, polis turut menemui sebanyak 160 pil kuda dalam beg pinggang lelaki berkenaan yang kita percaya dia turut terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah di Kemaman," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan bilik media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini hari ini.

Mohd Shukri berkata, siasatan awal polis mendapati sejurus selepas kejadian bunuh itu, suspek berkenaan telah melarikan diri bersama temannya itu berserta adik lelakinya berusia 14 tahun.

Sepanjang tempoh itu katanya, mereka telah bersembunyi di Pasir Putih, Kelantan yang bersempadan dengan Besut sebelum membiarkan adik temannya itu balik bersendirian menaiki bas ke Kemaman pada 28 Jun lalu.

"Remaja lelaki itu kemudian telah ditahan bagi membantu siasatan dan hasil soal siasat kita telah menjalankan gerakan mencari individu yang terlibat menyembunyikan suspek dan kedua-dua remaja itu," katanya.

Beliau berkata, remaja lelaki itu kini telah dibebaskan dengan jaminan polis manakala suspek lelaki berkenaan dan pelajar perempuan itu ditahan reman bermula semalam sehingga 10 Julai ini.

Dalam kejadian pada pukul 2 pagi 14 Jun, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditemui mati dengan kesan tikaman di rusuk belakang di sebuah pondok buah-buahan di Pasir Gajah, Jalan Air Puteh, Kemaman. - BERNAMA

Artikel Sebelum

PM Rasmi MRSM Felda Ulung Rabu Ini

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.