suria

Kes Penemuan Mayat Bayi, Orang Ramai Diminta Tampil Bantu Polis

SANDAKAN: Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penempuan mayat bayi di tapak pelupusan sampah di Batu 8 Jalan Fook Kim dekat sini pada Sabtu lepas, diminta tampil membantu polis dalam siasatan yang dijalankan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supritendan Fadzil Mohd Ali berkata, kerjasama daripada orang ramai diperlukan bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam kes pembuangan mayat bayi perempuan baru lahir itu.

Katanya, polis setakat ini belum mendapat petunjuk bagi menahan mereka yang disyaki terlibat dalam kes itu.

"Kami memerlukan kerjasama daripada orang ramai dalam siasatan yang dijalankan terutama untuk mengesan mereka yang terlibat," katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, polis akan mengambil sampel DNA daripada mayat bayi perempuan bagi membantu siasatan jika terdapat tangkapan membabitkan individu yang disyaki membuang mayat bayi perempuan itu.

Katanya, punca kematian bayi itu juga belum dapat dikenal pasti dan polis masih menunggu laporan bedah siasat.

Fadzil berkata, polis sukar mengenal pasti kemungkinan mayat bayi perempuan dibuang di tapak pelupusan itu atau dari sampah yang dibuang dari lori sampah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain