suria

IBBM Lantik CEO Baru

KUALA LUMPUR: Institut Bank-Bank Malaysia (IBBM) telah melantik Tay Kay Luan sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu berkuat kuasa 1 Julai.

Tan kini adalah juga Presiden Majlis Pembangunan Kemampanan Perniagaan Malaysia bagi 2010/2012 dan juruaudit kehormat Persatuan London School of Economics (LSE) Malaysia.

Di dalam satu kenyataan hari ini, IBBM berkata beliau adalah juga pengasas bersama Institut Tanggung Jawab Korporat Malaysia, satu anggota panel Penasihat Perindustrian bagi Sekolah Graduan Perniagaan Universiti Sains Malaysia dan Universiti Kolej Taylors.

Sebelum menyertai IBBM, Tay telah memegang beberapa kedudukan kepimpinan dengan Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA).

Semasa membuat pengumuman itu, Pengerusi IBBM Tan Sri Azman Hashim berkata pemahamannya mengenai keadaan serantau yang berbeza-beza merupakan sesuatu yang tidak ternilai bagi pertubuhan itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain