suria

Enam Rakyat Thailand Ditahan Di Kedah

POKOK SENA: Enam rakyat Thailand ditahan dan lima motosikal yang dipercayai motosikal curi dirampas dalam Ops Lejang di sebuah ladang getah di Bukit Tampoi dekat sini awal hari ini.

Operasi yang bermula pukul 3 pagi dan berakhir 7 pagi itu dibuat bagi membanteras kejadian curi motosikal di kawasan berkenaan.

Mereka yang ditahan itu terdiri daripada dua lelaki dan empat wanita yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, kata Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar DSP Fiesal Libertus Abdullah.

"Motosikal yang dirampas itu dipercayai dari Malaysia dan telah ditukar kepada nombor pendaftaran Thailand," katanya kepada pemberita di Balai Polis Pokok Sena di sini.

Beliau berkata berdasarkan maklumat, motosikal itu dijual kepada peladang asing yang bekerja di sekitar daerah itu dengan harga rendah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain