suria

Sokongan Melayu Terhadap UMNO Kian Meningkat - Shafie

NILAI: Sokongan orang Melayu terhadap UMNO dilihat semakin meningkat berbanding ketika pilihan raya umum 2008 yang lalu, kata naib presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Katanya, terdapat peningkatan 70 peratus pengundi Melayu menyokong Barisan Nasional (BN) di sesetengah tempat semasa pilihan raya kecil Sibu dan Hulu Selangor baru-baru ini.

Bagaimanapun, peningkatan sokongan orang Melayu masih belum mencukupi kerana UMNO masih memerlukan penglibatan parti komponen lain, katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Rasah di sini hari ini.

Menurutnya, perubahan sikap orang Melayu itu disebabkan mereka mula sedar dengan apa yang dilakukan oleh parti pembangkang iaitu tidak sama seperti apa yang dijanjikan semasa pilihan raya umum lalu.

Mereka sudah rasa bahang berada di bawah pentadbiran pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang di mana semua janji yang dibuat oleh pembangkang sebelum menjadi pemerintah masih gagal ditunaikan, katanya. - BERNAMA

Artikel Lain