Mayat Bayi Baru Lahir Dijumpai Di Tapak Pelupusan Sampah - Semasa | mStar

Mayat Bayi Baru Lahir Dijumpai Di Tapak Pelupusan Sampah

SANDAKAN: Mayat seorang bayi perempuan yang baru lahir ditemui di kawasan tapak pelupusan sampah di Batu 8, Jalan Fook Kim, dekat sini semalam.

Mayat bayi itu yang masih bertali pusat dan diselimuti dengan kain ditemui kira-kira pukul 6 petang oleh kanak-kanak yang memungut sampah di kawasan tapak pelupusan itu.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rosli Mohd Isa berkata siasatan awal polis mendapati mayat bayi itu ditemui oleh kanak-kanak berkenaan dari longgokan sampah yang baru diturunkan dari sebuah lori sampah.

Lori tersebut sebelum itu memungut sampah di kawasan Batu 4 di sini tetapi pekerjanya tidak menyedari tong sampah yang mengandungi mayat bayi itu, katanya.

Rosli berkata mayat bayi itu kemudian dihantar he Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk bedah siasat.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Kehilangan Mat Taib Dipersoal

default image

Nek Wook Mahu Anak

Artikel Lain

Real Madrid menabung awal demi Mbappe