suria

Kerajaan Beri Subsidi 90 Peratus Untuk Biaya Pengajian IPT

PETALING JAYA: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mengumumkan kerajaan akan meneruskan subsidi untuk pengajian tinggi sehingga 90 peratus.

Sebagai contoh, pelajar yang mengambil program kejuruteraan, mereka hanya perlu membayar sebanyak RM10,760, sedangkan kos sebenar pengajian untuk empat tahun ialah RM105,404.

"Ini bermakna kerajaan membayar subsisdi sebanyak RM94,644," katanya ketika merasmikan Minggu Induksi Siswa (MINDS) 2010 di Universiti Pahang.

Dalam ucapannya, beliau turut mengumumkan pelajar-pelajar yang bakal mendapat keputusan peperiksaan kelas pertama akan ditukarkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada biasiswa berkuatkuasa 1 Julai 2010. Dengan adanya subsidi ini, beliau berharap kelebihan ini wajar diambil peluang sebaik mungkin oleh para pelajar untuk menjadi modal insan terbaik untuk negara.

Artikel Lain