Penguatkuasaan Diperhebat Basmi Kegiatan Along - Semasa | mStar

Penguatkuasaan Diperhebat Basmi Kegiatan Along

HULU TERENGGANU: Pemantauan ceti haram atau 'along' yang kini semakin menjadi-jadi akan diperhebatkan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menurut beliau, kebelakangan ini, along semakin berani bertindak menampal poster dan iklan pinjaman yang ditawarkan mereka, termasuk pada siang hari.

"Sama ada ia ada kaitan dengan perjudian dalam tempoh perlawanan bolasepak Piala Dunia, saya tak pastilah, tetapi saya sudah minta polis tingkatkan usaha mereka dalam membasmi kegiatan along yang semakin berleluasa ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Hulu Terengganu di sini, hari ini.

Katanya kerjasama di antara agensi penguatkuasaan terlibat termasuk pihak berkuasa tempatan akan diteruskan dalam menangani masalah itu.

Sementara itu, Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata masalah kekurangan polis akan cuba diatasi dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

"Pengambilan paling besar anggota polis ialah pada tahun 1996. Selain memberi tumpuan kepada pusat-pusat latihan polis, kita akan lihat penambahan warga polis dalam RMK-10.

"Memang nisbah anggota polis dan penduduk pada masa ini sangat besar, terutama di bandar, jadi kita akan imbangi kekurangan ini dalam RMK-10 ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pindaan kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan enam undang-undang pencegahan yang lain telah diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara dan akan dibawa ke Kabinet dalam masa terdekat.

"Sekarang ini kita sedang meneliti untuk mengubah akta-akta yang lapuk dan tidak lagi relevan. Sehingga pindaan diluluskan, ia akan berjalan seperti biasa," katanya.

Selain ISA, undang-undang yang akan dipinda adalah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985, Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Buang Negeri 1959, Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan Seksyen 27 Akta Polis 1967 berkaitan perhimpunan.

Pada Mac lepas, Kabinet memutuskan pindaan ISA harus dibentang pada persidangan Parlimen bersama-sama enam lagi akta berkaitan pencegahan yang juga perlu dipinda. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain

Spurs pecat Pochettino!