Penghuni Rumah Titian Kasih Tinggal Bersesak Selepas Berpindah - Semasa | mStar

Penghuni Rumah Titian Kasih Tinggal Bersesak Selepas Berpindah

SELAMAT TINGGAL... Penghuni Rumah Titian Kasih terpaksa meninggalkan tempat mereka berteduh selepas menerima arahan mahkamah untuk mengosongkan rumah tersebut. Foto THE STAR Oleh:AZLINA ABDULLAH.
SELAMAT TINGGAL... Penghuni Rumah Titian Kasih terpaksa meninggalkan tempat mereka berteduh selepas menerima arahan mahkamah untuk mengosongkan rumah tersebut. Foto THE STAR Oleh:AZLINA ABDULLAH.

KUALA LUMPUR: Bayi berusia dua bulan dan warga emas berumur 85 tahun serta golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan antara 70 penghuni Rumah Titian Kasih (PTK) di sini yang terpaksa tinggal bersesak-sesak di sebuah lagi RTK apabila mereka hari ini terpaksa keluar dari tempat perlindungan mereka yang dihuni selama ini.

Tinjauan Bernama mendapati kesemua penghuni wanita PTK itu telah mengosongkan premis asal di No 15, Persiaran Titiwangsa kira-kira pukul 11 pagi tadi untuk berpindah ke satu lagi premis RTK yang sebelum ini dikhaskan untuk penghuni lelaki yang terletak di Lorong Maran yang berhampiran.

Premis RTK di Jalan Maran hanya boleh menampung 45 orang pada satu-satu masa dan ini menjadikan premis tersebut kini sesak dengan lebih 100 orang penghuni.

Tinjauan juga mendapati pihak pengurusan RTK terpaksa mendirikan dua buah khemah di hadapan bangunan itu bagi memberi ruang kepada para penghuni.

Kelmarin Pengusaha RTK berkenaan Sharifah Adlan berkata mereka telah diarah keluar atas perintah mahkamah kerana pemilik banglo itu mahu menjualnya bagi tujuan komersial.

Seorang penghuni, Rospalela Mohd Nor, 45, yang menghidap angin ahmar berkata beliau sedih kerana terpaksa meninggalkan tempat perlindungan awalnya setelah tujuh bulan berada di situ.

"Apabila disuruh untuk mengosongkan rumah ini, saya sangat sedih dan terkilan kerana tiada siapa yang dapat membantu," katanya.

Nordiana Rasuli, 24, yang menghadapi masalah fizikal berkata pada mulanya beliau enggan keluar tetapi apabila dipujuk terpaksa akur dengan keputusan mengosongkan premis tersebut.

"Sedih sangat-sangat, saya sayang rumah ini," katanya yang berharap dapat tinggal dipremis itu buat selama-lamanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata pihaknya akan terus berusaha untuk mencari premis lain supaya penghuni RTK dapat ditempatkan di rumah perlindungan baru yang lebih selesa.

"Kami telah berusaha untuk mendapatkan kuartes kerajaan, namun usaha ini gagal kerana setakat ini tiada kuartes kerajaan yang kosong," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Pembubaran Skim PRBS Sah - Hakim

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain