suria

Pembubaran Skim PRBS Sah - Hakim

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini mmemutuskan pembubaran Skim Faedah Persaraan Petronas (PRBS) oleh lembaga pemegang amanahnya pada 1 Oktober, 2008, adalah sah.

Pesuruhjaya Kehakiman Lee Swee Seng menolak saman yang dikemukakan oleh pengurus Petronas Carigali, Mohd Azli Abd Aziz, 52, terhadap lima ahli lembaga itu, selaku defendan, bahawa pembubaran PRBS menyalahi undang-undang dan tidak sah.

Lee berpendapat kes itu tidak mempunyai merit yang kukuh dan memerintahkan Mohd Azli membayar RM3,000 sebagai kos kepada pihak defendan.

Lima ahli lembaga trsebut ialah Datuk Ainon Marziah Wahi, Datuk George Marharlal Ratilal, Ahmad Nizam Salleh, Mohd Azhar Osman Khairuddin dan Zaharah Mat Alipiah.

Dalam saman yang difailkan pada 5 November tahun lepas, Mohd Azli, yang menyertai Petronas pada 1981, berkata pada 28 Ogos, 2008, Naib Presiden Bahagian Sumber Manusia Petronas telah membubarkan PRBS pada 30 September, 2008, tanpa memberi sebarang alasan.

Katanya ahli PBRS tidak diberi sebarang pilihan untuk bersetuju atau tidak dengan pembubaran itu dan ditawarkan skim baru iaitu Skim Sumbangan Persaraan Petronas (PRCS).

Mohd Azli berkata akibat pembubaran itu, faedah berakru PRBS telah diketepikan dan dipangkas dan bukan berdasarkan Surat Ikatan Amanah dan Peraturan PRBS dan skim baru itu bertaraf rendah.

Bagaimanapun, pihak defendan, berkata PRBS ditentukan oleh terma Surat Ikatan Amanah yang dimenterai antara Petronas dan pemegang amanah PRBS.

Skim baru itu diperkenalkan pada 1 Oktober 2008 dan diterima oleh 18,236 pekerja manakala selebih 324 pekerja lagi menolaknya. -BERNAMA

Artikel Lain