Syed Hussein Terpaksa Bayar Ganti Rugi RM1.65Juta - Semasa | mStar

Syed Hussein Terpaksa Bayar Ganti Rugi RM1.65Juta

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan penulis buku Syed Hussein Al-Attas membayar ganti rugi berjumlah RM1.65 juta kepada Perbadanan Johor (JCorp) dan presidennya Tan Sri Muhammad Ali Hashim berhubung satu saman fitnah.

Panel hakim Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud, Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datuk Azhar Ma'ah sebulat suara menolak rayuan penulis itu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2001 yang mengarahkannya supaya ganti rugi itu dibayar kepada JCorp dan Muhammad Ali, yang juga Ketua Pegawai Eksekutifnya.

Syed Hussein, 68, atau lebih dikenali sebagai Pak Habib, juga turut diperintah membayar kos sebanyak RM5,000.

JCorp, Muhammad Ali dan ahli perniagaan Haris A. Hamid telah menyaman Syed Hussein sebagai defendan dengan menuntut ganti rugi, injunksi dan kos berhubung fitnah dalam salah satu buku tulisannya.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan rayuan Syed Hussein untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi supaya beliau membayar ganti rugi RM250,000 kepada Haris.

Mahkamah juga mengekalkan perintah injunksi yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi bagi menghalang defendan atau ejen-ejenya daripada terus menyiarkan kenyataan memfitnahkan ketiga-tiga plaintif tersebut.

Peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Syed Hussein, berkata pihaknya mempertimbangkan untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tahanan Bunuh Tahanan Dihukum Mati

Artikel Berkaitan

default image

Harga Minyak Naik 5 Sen Mulai Esok

default image

Bekas Jaguh Badminton Tukar Gelanggang

Lebih Artikel

Coklat tumpah, panggil bomba!

Mas Ermieyati sertai Bersatu