suria

Buli Pelajar Baru, Senior Bakal Dibuang Univerisiti - Naib Canselor

PETALING JAYA: Mana-mana pelajar senior yang didapati membuli pelajar baru akan dikenakan hukuman yang setimpal termasuk dibuang daripada universiti tegas beberapa Naib Canselor Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini.

Beberapa Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor yang ditemubual oleh wartawan The Star menegaskan bahawa membuli pelajar adalah menyalahi undan-undang dan pihak mereka tidak akan bertolak ansur dengan pelajar yang terlibat dengan kes berkenaan.

Mereka menggesa pelajar baru yang pernah dibuli supaya membuat laporan kepada pihak berkuasa universiti yang terlibat seperti pengetua kolej, felo atau pun melaporkan kes tersebut kepada pegawal keselamatan.

Naib Canselor Universtiti Putra Malaysia (UPM), Prof Tan Sri Dr Nik Mustapha R. Abdullah berkata, kes buli dikalangan pelajar Iinstitusi pengajian tinggi (IPT) hampir tidak wujud namun beliau menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil ke atas mereka yang sengaja menimbulkan kekecohan di universiti.

“Kami akan mengambil tindakan tegas jika perkara ini berlaku. Jika kesalahan yang dilakukan itu serius, ada kemungkinan pelajar itu boleh dibuang daripada universiti,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, kes buli dikalangan pelajar IPT bukanlah satu perkara baru.

“Senior perlu tahu mereka tidak dibenarkan mendera pelajar kerana ia bertentangan dengan undang-undang.

“Minggu Orientasi yang diadakan pada setiap tahun adalah untuk mengalu-alukan kemasukan pelajar baru Pihak universiti telah menetapkan garis panduan dan para pelajar perlu mematuhi undang-undang tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Sero Mohamed Khaled Nordin yang menegaskan bahawa setiap pihak berkuasa universiti dan kolej universiti harus bertanggungjawab dan memantau minggu orientasi yang dijalankan mesti mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Sahol Hamid memberi amaran bahawa mana-mana graduan yang membuli pelajar baru akan berhadapan dengan tindakan untuk disingkirkan daripada universiti sekiranya didapati bersalah.

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak pula berpendapat bahawa tidak menjadi satu kesalahan bagi senior untuk mengenali pelajar baru namun mereka perlu tahu membezakan antara buli dan gurau senda yang tidak bertanggungjawab.

“Kalau setakat bergurau yang tidak membahayakan dibolehkan namun jika ia sudah melibatkan perkara seperti mencaci atau mengeluarkan perkataan yang menghina disamping perlakuan yang menyentuh fizikal, mental seorang pelajar perkara sebegini memang tidak boleh diterima,” katanya.

Bagi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia, Datuk Prof Dr Mohamad Abdul Razak berkata seramai 500 pemudah cara telah dilatih untuk mengendalikan minggu orientasi bagi mengelakkan daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Tan Sri Dr Zulkefli A. Hassan berkata kementerian berpendirian jelas dalam isu berkenaan.

“Tidak ada esok atau lusa untuk perkara sebegini. Pihak berkuasa di semua universiti perlu bertanggungjawab memantau kes buli atau penderaan pelajar yang berlaku,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain