57 Peratus Peruncit Telah Mendaftar Lesen Runcit - Semasa | mStar

57 Peratus Peruncit Telah Mendaftar Lesen Runcit

KUALA LUMPUR: Sebanyak 34,000 peruncit atau 57 peratus daripada kira-kira 60,000 peruncit di seluruh negara telah mendaftar untuk mendapatkan lesen runcit bagi gula, tepung gandum dan minyak masak yang pelaksanannya berkuatkuasa hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mereka yang masih belum mendaftar boleh dikenakan tindakan selepas ini sekiranya tiada alasan yang munasabah yang diberikan kerana tidak berbuat demikian.

"Terdapat dua kemungkinan peniaga tidak mendaftar, iaitu sama ada mereka keras kepala ataupun maklumat mengenai hal berkenaan tidak diketahui oleh mereka.

"Oleh itu sesiapa yang belum ada lesen, sila hubungi pihak kementerian yang berdekatan supaya pegawai kita boleh turun sendiri untuk menghulurkan bantuan," katanya di sini.

Pada 1 Jun, kementerian itu mengumumkan keputusan mewajibkan lesen runcit kepada semua peniaga di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi memudahkan kerajaan memantau barangan kawalan seperti gula, tepung gandum dan minyak masak.

Pengecualian yang diberikan sejak 1991 akan ditarik baik bagi memastikan barangan kawalan tidak diselewengkan memandangkan ia diberi subsidi oleh kerajaan.

Mengulas mengenai isu gula, beliau berkata penambahan 15 peratus kapasiti gula adalah berdasarkan niat baik kerajaan supaya rakyat tidak mempunyai masalah.

Beliau berkata, walaupun kebanyakan pengguna lega dengan penambahan tersebut, terdapat juga badan bukan kerajaan (NGO) yang menyatakan tidak puas hati dengan langkah tersebut.

"Mereka menyoal mengenai kempen kurangkan gula dalam makanan dan kempen hidup sihat oleh kerajaan, terutamanya oleh NGO kesihatan," kata beliau. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain