suria

Pengarah Bomba Bebas Tuduhan Terima Rasuah

SHAH ALAM: Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Wilayah Persekutuan, Mohammad Hamdan Wahid hari ini, dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan menerima rasuah hampir RM1 juta daripada seorang kontraktor, enam tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Mat Ghani Abdullah membuat keputusan itu tanpa memanggil Mohammad Hamdan, 47, untuk membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap beliau.

Perbicaraan melibatkan 14 saksi pendakwaan dan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Asnawi Abu Hanipah.

Barisan pembelaan dibarisi peguam-peguam Mohd Firuz Jaffril dan C.N.Sritharan.

Mohammad Hamdan, didakwa menerima RM925,000 daripada Zainudin Su’ut pada 1 Ogos 2003 sebagai dorongan untuk mendapatkan sokongan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi cadangan pembinaan bangunan pejabat dan bengkel jabatan itu.

Semasa itu, beliau menjawat jawatan Penolong Ketua Pengarah Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan itu dan kali pertama kali didakwa pada 23 Februari 2009.

Artikel Lain