suria

Parlimen Lulus RMK-10

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) selepas dibahas selama enam hari dan penggulungan selama lima hari.

Usul itu dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Jun lepas bagi menggariskan perbelanjaan pembangunan lima tahun negara ke arah memacu negara mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi.

RMK-10 bertemakan "Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial" mencadangkan peruntukan berjumlah RM230 bilion bagi perbelanjaan lima tahun. - BERNAMA

Artikel Lain