suria

Operasi Cari Pemancing Hilang Diperluas Ke Perairan Indonesia

KUCHING: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua pemancing yang hilang di laut sejak Rabu lepas kini diperluas ke kawasan perairan Indonesia, kata Ketua Polis Marin Wilayah Sarawak Asisten Komisioner (ACP) Taib Sabot di sini.

Beliau berkata pihaknya telahpun mendapatkan bantuan daripada Badan SAR Nasional Indonesia di Kalimantan Barat untuk mencari usahawan hartanah Datuk Lee Chong Lin, 62, dan rakannya Gabriel Yong, 63, dalam kawasan perairan Indonesia.

"Setakat ini gerakan mencari turut melibatkan pasukan SAR Indonesia selain pasukan SAR daripada polis marin, unit udara polis dan Agensi Penguakuasa Maritim Malaysia (APMM)," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Pada 23 Jun lalu Lee dan Yong keluar ke laut untuk memancing sekitar perairan Tanjung Datu dengan menggunakan sebuah bot fiber, dan apabila mereka tidak pulang ke jeti Kelab Bot Santubong pada 25 Jun lepas seperti yang dijadual, gerakan mencari telah dilancarkan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain