suria

MAHB Kutip RM1 Bilion Cukai Dalam Tempoh 5 Tahun

KUALA LUMPUR: Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) mengutip cukai lapangan terbang lebih RM1 bilion daripada Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia bagi tempoh lima tahun bermula 2005.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pada 2005, MAHB mengutip RM202 juta hasil cukai lapangan terbang daripada dua syarikat berkenaan, diikuti RM196 juta pada 2006, RM241 juta pada 2007, RM254 juta pada 2008 dan RM267 juta pada 2009.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang bertanya mengenai jumlah cukai lapangan terbang yang dikutip MAHB daripada MAS dan AirAsia dari 2005 hingga 2009 dan jumlah cukai daripada dua syarikat berkenaan serta syarikat penerbangan lain sehingga Mac 2010.

Perdana Menteri berkata, sehingga 31 Mac tahun ini, jumlah kutipan cukai lapangan terbang daripada semua syarikat penerbangan berjumlah RM124 juta.

Artikel Berikut

Artikel Lain