suria

Kontraktor Maut Dalam Kemalangan Ketika Ke Cameron Highlands

IPOH: Seorang kontraktor terbunuh manakala rakannya cedera ringan apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di Km 14 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner (ACP) Azisman Alias berkata Song Yew Fook, 45 berasal dari Taiping, yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya Zainal Hafizan, 38, cedera ringan.

Katanya kejadian berlaku pada 9 pagi tadi apabila kereta yang mereka naiki menghala ke Cameron Highlands berlanggar dengan sebuah kereta yang terbabas ketika melalui satu selekoh.

Pemandu sebuah lagi kereta terbabit hanya cedera ringan, kata Azisman. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain